..:: bismillah ::..
cter nie aku share untk kwn2 sbgai pedoman kt korg sume...BACE JANGAN TA BACE!!!
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus.
Suatu malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dantidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalanbersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorongitu. Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agarAllah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itubersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah danperempuan ini selamat sampai kerumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelakiyang tidak dikenali dekat lorong yangdia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogolitu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebutwalhal dia keseorangan di masa tu,tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”(Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak tau saya seorang je masatu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I sawtwo young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were aloneof course you will be my victim.”(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tusaya nampak ada 2 orang lelaki berjalan denganawak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudahpasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadratAllah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara kita. Wanita tadipertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjagahambaNya yang sentiasa ingat akandiriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah darikejahatan syaitan yang di rejam…….