Sunday, October 17, 2010

:: 3 BULAN..KURUS!!! (boleh kew??)::

~bismillah~

SALAM semua..cter pasai kurus nie..dari kecik smpi lh besar..org tuaku..adik beradikku..pakcikku..makcikku
..sepupuku..sepapatku..semua duk sibok2 suwoh aku KURUS..aku bukan xnak kurus..aku NAK..tp kne makan masa klo nak kurus secara sehat..aku pon satu..pantang tengok MAKANAN..nak makan jew keje aku..mmg BAD HABIT!!..klo aku cam gini 10 tahun lagi..mahu x mcm GIANT!!..abg aku pown selalu pesan n bebel2 kt aku...suwoh aku kurus..untuk kesihatan diri..oleh itu..di sini aku ingin membuat EXPERIMENT pada diri aku sendiri!!!..KORBANKAN wang elaun yg disimpan selama ini untuk membeli satu produk yg hebah diperkatakan sekarang..HERBALIFE~

just IMAGINE YOURSELF at ABSOLUTE BEST!!...waaaaaahhh..kata2 perangsang tuu..doakn aku MENJAYAKAN MISI UTAMA nie..3 BULAN???...insyaAllah~

TARGET: -30KG..(3bulan)

Friday, October 15, 2010

:: 12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ::

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Thursday, October 14, 2010

:: K.A.M.U JEJAKA2 MALAYA ::


~bismillah~

SALAAAAAAAAAAAAAAAM....hehehehe..kali nie salam panjang skit..tak tahu kenapa bila aku tulis tajok post aku kali nie..agak geli ati aku..wakakakakaka...gelak dulu..hihi..bagi yg tidak setuju dengan tajok post nie..JUST IGNORE..hehehe...

seperti yg sedia maklum..SEKARANG..MEMPERKANALKAN..JEJAKA2 MALAYA STUDIO 3 SEM 1 2010!!!!...CALON2NYA ADALAH;

NAZREEN MOHD

SARIP RAZAK

AZAM PUTEH V.S SAHER

MOHD RUSDI

MOHD KHARI

***************************

NAH, antara calon2 berikot..SIAPAKAH yang anda rasa berkenan di HATI taip JEJAKA diikuti dengan NAMA CALON..HANTAR KE 33333...CEPAT!!!..sementara talian masih lagi dibuka..MENANGIS KEMUDIAN TIDAK BERGUNA!!

sementara menunggu KEPUTUSAN dari anda semua..terimalah sedikit tatapan BAKAL JUARA JEJAKA2 MALAYA STUDIO 3 SEM 1 2010..kali ini..

posing MAUT dari en. RUDY kita..khas untk peminat TERSAYANG..
bakal MODEL iklan GIGI..bagi company yg berminat..SILA BUAT TEMPAHAN DARI SAYA!!
pengusaha AIR yg berjaya..mempunyai CITA2 yg TINGGI..adakah beliau bakal menggantikan jag air itu kepada trofi JUARA???...segalanya di tgn anda~
last pose!

UNDI JANGAN TAK UNDI!!!

PESANAN PENAJA: undilah dengan BIJAK..selamat MENGUNDI!!

Tuesday, October 12, 2010

:: K.A.M.I GADIS2 MELAYU ::

~bismillah~

salam SEMUA!!!..hadoi..setelah sekian lama aku tidak mengon9..skrg nak update blog plak..ramai yg menantikan wajah KESAYANGAN hamba diterbitkn dlm blog aku nie..oleh kerana ramai yg tidak berpuas hati dengan paparan gambar yg aku terbitkan dalam post aku baru2 nie..haaaa....nie aku nak bagi KEPUASAN kepada semua..siap EDIT lagi tu..harap2 korang semua berpuas hati.. \(^0^)/ ..

************************

MEMPERKENALKAN!!!!!...CALON2 IKON GADIS2 MELAYU STUDIO 3!!!!

CALON2NYA ADALAH!!!!

ZALWANI DAN AINUL WIDAD

AINUL WIDAD DAN ANNUR JALILAH

SHAKILLA DAN FAIQAH HANNA

ADILAH DAN ASSILA

SYAKILLA DAN SALWAHIDDA

************************
ini lah calon2 GADIS MELAYU STUDIO 3 kita pada sem ini termasok diriku ini..jadi..ingin tahu keputusannya??..belom lagi..belom lagi..

nampaknya para calon kita sedang berdebar menantikan keputusan dari juri2 kita..sebelom itu..saya ingin memperkenalkan dahulu juri KHAS yg datangnya dari negara seberang..

~EN. RUSDI~
(beliau merupakan artis yg terkenal dengan lagu2 berunsurkan world muzik dan juga amat DIGILAI oleh para2 gadis2 melayu di tempatnya dan juga di negara kita..hihihi)

************************
yang dinanti2 sudah tiba..oleh itu..saya mengumumkan..
PEMENANGNYA ADALAH!!!!

SHAKIRAH!!!!...hehehehe..terima kasih semua..kepada peserta yang lain jangan kecewa..CUBA LAGI TAHUN DEPAN!!!

UCAPAN: terima kasih diucapkan kepada pengurus peribadi saya..MULAN AISYAH (berbaju biru)..di atas sokongan anda yg tak terhingga dalam melatih saya menjadi JUARA!!..hehehehe

:: MAAFKAN AKU ::

~bismillah~

maafkan aku..
andai lidah ini sesekali terlanjur kata..
maafkan aku...
andai ko begitu BENCI pada ku..
maafkan aku..
andai kau tidak memaafkan aku lagi..

wahai KAWANKU..
didalam hati ini..
masih ada sifat kemanusiaan yg aku ingin ku katakan padamu..
ko baik..bijak..RINGAN TULANG..dan PENYABAR..
namun ia tidak cukup andai semua ini untuk DIHEBOHKAN kepada umum...
ko sudah MATANG bukan???
jadi..maafkan daku..

andai kau ingin memBENCI ku selamanya..
terpulanglah..
tetapi..maafkan aku...
aku tidak mahu nanti..segala amalanku tergantung oleh kerana kamu tidak memaafkan aku..
tolong lah kawan..maafkan aku..

andai kau tidak mahu mengenali aku lagi selepas ini..
dan ingin terus tidak mengenali ku...
aku TERIMA..tp..TOLONGLAH MAAFKAN AKU..

dari BEKAS kawanmu~

Tuesday, October 5, 2010

:: SEM 4 (kesinambungan) ::

....bismillah..

alkesah...nak reka cerita skit nie..untk mengisi masa2 kebosanan kalian time2 cuti nie..haa...adelah cter skit nak dikongsikan bersama..cter nie..hanyalah rekaan semata2..tiada kena mngena yg hidup..atau yg telah tiada di dunia nie daaahhh...

di sini saya ingin memperkenalkan watak utama dalam sketsa kita pada kali ini...

watak utama: En. Rusdi..
watak pengukuhan: En. Sarip..
watak sampingan: En. Saher..Cik Adila..Cik Widad..Cik Zalwani..Cik Annor..Cik Shakirah..
JEMPUTAN KHAS: Mas Ajam a.k.a Tan Sri P. Azam..dan..En. Nazreen Mohd..

*************************************************************************************

~: tersebutlah kisaaaaaahhh...studio 3...mdm Nurhaya...is the mentoooorrrr...this senariooooo...is happennnnnnnned during mdm tiadeeeeeeee...moh marilah kiteeeeeeeeeeeeee...saksikannyeeeeeeee :~










The End

Monday, October 4, 2010

:: SEM 4 ::

: Assalamualaikum :

PENDAHULUAN:

MAKAN..MAKAN...MAKAN...xde keje lain..hihihihi...sebelom nak cter pasal makan nie..nak reverts skit kisah2 sepanjang sem 4 kt cfs nie...sem 4 nie boleh lah dikatakan sem PENENTU masa depan aku..klo sebelom nie..aku byk mgalami masalah kekeliruan untk MENETAPKAN kerjaya pilihan aku...tp skrg..Alhamdulillah...aku dh mula mengator rentak untk meneruskan kerjaya yg penoh risiko nie...walawpon ia merupakan bukan pilihan kerjaya ibu bapaku..ttp sebagai seorg anak..inilah tugasku..memastikan dan menyakinkan mereka bahawa pilihan ku nie adalah MINAT ku..dan aku MAMPU melalulinya..InsyaAllah... ARCHITECT dalam GENGGAMAN!!!

*************************************************************************************
SEM4:

baiklah..sekarang nak plak cter sepanjang aku dlm sem nie..aku wat mende lah...hihi..byk pengalaman yg aku dapat sepanjang sem 4 nie...aku jadi lebih berdikari..yakin..fokus..berfikiran positif..tmbh2 plak aku dilantik menjadi class-rap dlm grup 2 studio 3 sem nie...aku xde masalah untk dtg kelas on-time...klo paling lewat pon dlm 5-10minit masok dlm kelas..sbb time 2 lectr. blom lagi stat lect. dye..hihi..TAPI yg menjadi satu masalahnye aku nie...bila hari ade studio jew..mensti MUKA nielah yg dtg LAMBAT...ade skali 2 aku datang lambat 1jam..kdg2 lambat smpi nk habis kelas dah..huihuihui..mmg terok r aku nie..kate ketua kelas..mmg byk kali r aku kne sindir ngn mdm NURHAYA & studiomate aku..malu gak..tp nak wat cm ne..aku mmg gini..bila tahu jew ade kelas studio esoknye..aku barulah nak wat task work...yerlah..sem nie jew aku amik 5 subjek..bila lagi nak semua tu klo bukan semalaman b4 studio kelas kan??...memandai jew aku..alasan semata2..

SUBMITION:

bila mana smpi jew submition..akulah yg paling gelabah..org lain dh siap..aku jew yg blom siap..enth mendelah aku wat selame nie..smpi xleh nak siapkan on-time...first time aku submit mmg CUAK gler...byk kowt aku x siap lagi..aku mcm x caye jew..aku belh siapkan keje yg diberi slema 3mggu dapat disiapkan dalam masa 1hari..waduuuuhhh..mmg parah r aku klo trus cm gini..lepas daripada kejadian tu..ingtkn dh x berulang lagi...trjadi gak skali lagi kejadian nie bila masa nak submit untk board MALAY HERITAGE..aku punyer board mmg lain dari org lain...byk sgt benda nak masokkan jadi mcm 2lah..sbb tu org kata.."byk IDEA pn xleh..sikit sangat IDEA pn xleh.." kne balance r bak kata org putih...huhu..

tp xpe...syukurlah..gc aku sem nie..aku dapat A-..harap2 prestasi aku dalam gc akan kekal begini..klo x, cm nelah nak jadi akitek kan???..insyaAllah...

KAWAN-KAWAN:

sem 4 nie gak aku dapat kawan baru..terutama kwn2 dari studio..kelas FIM..kelas MATH..kelas ECONS..kelas IBE..aku juga KEHILANGAN kawan gak..enth nape dye nak marah sgt kat aku smpi xnk maafkan aku smpi bila2..smpi delete aku jadi kawan dye dalam fb...tp xpelah..maybe dye x ingt pe dye dh wat kat kami..tp just ingt pe kami dah wat kat dye..selama 3 sem kami leh bersabar ngn PERANGAI dye..inikan pula skrg..xpe..sebagai hamba Allah..aku dh LUPA n MAAFKAN segala kesalahan atau ketelanjuran kata2 dye kat aku..pasni klo nmpk dye kat gombak..terpulanglah dye..nak still cm dulu..or buat2 x kenal..aku ekot jew..xkesah..

*************************************************************************************

JAMUAN MAKAN:

setelah panjang melebar aku bercerita nie..skrg jom tengok studiomate2 aku sepanjang sem 4 nie..gambar nie telah diambil time jamuan makan before RAMADHAN lagi...masa nie mmg HAPPENING habis!!!...tengok jgn x tengok..

::..masa nie tengah 2ggu makanan sampai..::

*budak2 laki studio aku: (dari kiri) Nazreen..Khari & Azam..*

*..nie plak en. Sarip..bukan Sarip Dol kmpg Dusun tau..!!*

*masa nie tgh lapas gler..tunggu makanan sampai..muke sorg2 xmenahan..yg blekang tu..en. Rusdi (bakal artis)..diikuti dengan gadis2 melayu lagi cun..(dari kiri) Annor..Assila..Shakirah..Zalwanie..Widad..*

*sbnrnya en. Sarip nie tukang masak kentang goreng..belakang dye tu..Saher Mat Laser (nama glemer dye)..belakang dye tu Faiqah..cik baju merah nie.Syakilla..*

*yeeeeeeeeeeaayyy...makanan dah sampai..yg sebelah aku tu..mdm ktorg..mdm Nurhaya..*

*haaa...mai2 pakat rebot..(kelapa n peria dipinggirkan)..hihi..*

*dah makan..posing plak..senyum lebar2..klo nak kenal cik Syakilla..tu..yg paling tepi..sebelah kiri..satu2nya mawar berduri*

*hai en. Rusdi..dah makan pon still lapar kew??*

*yeeeeeeeeeaaaaahhhh..mdm dapat cenderamata yg dibeli khas dari cameron highland..siapa yg beli..klo nak tahu..wawa n the geng..kt dlm gmbr nie..wawa berada diantara sarip n khari..terima kasih Wawa.. *

************************************************************************************
PENUTUP:

itulah sedikit sebanyak gambar2 yg dapat aku kongsikan kt snie..xleh byk2..skit2 sudeyh..hihi..pada kawan2 studio yg lain..sori bagi mereka yg xde..or x jelas gambar korg kt snie..almaklumlah..blog nie kan untk tatapan umum..kne ade privacy skit..klo korg btol2 x kesah..aku letak gmbr korg besaw2 t k???...hihihi

: wassalam :